Author Archive for zatticka

24
Jun

Blog Menenangkan Jiwa Resah

.
,
;

:
"

`


.,;:"`
,;:"`.
;:"`.,
:"`.,
;
:"`.,
;
"`.,
;:
 `

.
,
;

:
"

`

.,;:"`
,;:"`.
;:"`.,
:"`.,
;
:"`.,
;
"`.,
;:
 `.
,
;

:
"

`  

.
,
;

:
"

`
iniwarnawarnikehidupan
buanglahsegalakeresahan

24
Jun

Papa

Papa…
.
Zat masih belum kenal erti hidup,
seperti papa kenal kehidupan.

.
Tolonglah sembuh.

.
Zat tau…

.
Semangat papa untuk melawannya,
tak pernah kenal erti luntur,
seperti juga,
apa yang papa didik pada anak-anakmu.
.

Tolonglah sembuh.
.

Maafkan aku papa
Jika..
Aku ada terguris hatimu
Inilah masa yang boleh kucuba
kucuba untuk membalas belaian kasih sayangmu
.

Ya Allah Ya Tuhanku.
Kami tahu ini adalah lumrah kehidupan.
Ujian.
Tapi berikanlah kami masa yang lebih.
untuk kami bersama papa lagi.
.

.

.

Ku beriman kepada qada’ dan qadar.

.

.

.
.
.

Tolonglah sembuh papa…

13
May

Valerie!

**************
Valerie!
**************

There was a girl whose name is Valerie
She was so pretty, can’t u see
She’s no meanie, she’s no silly
Valerie, r u ready?

The year was ‘69
Every magazines was looking for a hot girl
Valerie said, “It’s my time,
To be like the goddess Twiggy, on those papers”

She packs her bags, put on her shoes
Take a plane,shes going to leave the town
To the space of fortune, fame and famous
trying her luck, it’s her time…

…Right?

Soon she arrive, by herself
Take a cab to the fashion freak audition
Oh please, “I’m sorry, its not ur time,
Go back, eat less, be slim and slinder”

Valerie, walk out with tears
“O god, can’t u tell why it’s not my time?”
Go back to ol momma, lying on bed
“I’ll never ever gonna take my meal again”

Why?

*********************
song written by myself..
lyrics by me n dirul(mostly)
A song telling a story about girl and her destination for modelling,
but then the anorexia problem struck her life…

visit: www.myspace.com/thebandbannedbaby to hear the full song
^_^

12
May

Rolling with Darling

My mind keeps roling
Sheep goes counting uh huh
apple with cherry-ness
which of it taste better?

pre-cho:
Are you the girl to behold me?
Share with my fright..Coaster’s so scary
This is my life…Bear it with me please..
Promise me..

That polka youre hearing now
Rolling darling uh huh
Swinging and cheerfulness
Girly giddly silly

Are you the girl to behold me?
Share with my fright..Coaster’s so scary
This is my life…Bear it with me please..
Promise me..

Chorus:
And rolling keep rolling…(berpusinggg dan berpusinggg)
Will you stay with me till morning(bolehkah kau tunggu ingga pagi)
And rolling keep rolling…(berpusinggg dan berpusinggg)
Will you stay with me till morning(bolehkah kau tunggu ingga pagi)

Lyrics is badly written here by me :) during pasum days…
I suddenly found it again in my laptop as i’m about to delete things(hard disk makin penuh dowh)
The song is incomplete written (like my others)
but u can hear it here: “Zart’s Doodledoos - Rolling with Darling”

03
May

¡KapitalisPenindas!

Kapitalis, ideologi berasaskan materialisme
Amerika, negara bajet hero kapitalis
Polisi-polisi kapitalis dilihat sebagai penyelamat dunia
Ini dilihat benar jika ia dijalankan dengan niat suci murni
Tapi kita dapat lihat hasilnya jika ia bukan kerna niat murni
Amatlah pilu melihat keadaan mereka yang tertindas
Lupakanlah sementara kehidupan senangmu dan lihatlah mereka
Indonesia, contoh negara yang direjim kapitalis penindas
Siapakah yang dapat menyelemat rakyat mereka yang terjerat?

………………………………………………………………

Populasi kian meningkat hari demi hari
Esok dan lusa, siapakah yang tahu apa kan terjadi?
Nasib pekerja2 ini, adakah akan diteruskan hingga ke generasi seterusnya?
Ideologi kapitalis ini adalah murni kulihat jika digunakan sebaiknya
Namun hanya kitalah, kaum muda yang akan menentukan seterusnya
Demi kesejahteraan bagi kesemua manusia
Ayuhlah, saudara-saudari pemudaku!
Sama-samalah kita mengerah benak dan mencari penyelesaiaanya

14
Mar

Stool Foot a.k.a Kaki Bangku

(Jeritan gadis!)

(aku menoleh pandangan…)

Sepak, Goyang, Badannya sungguh lincah;
Itulah anak muda bermain bola…

Duduk, Termenung, Wajah yang melukut,
Itu pula aku, si kaki bangku,
boleh kau lihat di ujung sudut.

Berilah aku setong gitar,
Kan ku dendangkan sebuah lagu.(mungkin?!)
Berikan aku sebijik bola,
Kan ku tendangkan orang yang lalu.(pasti!)

Kisahku bukan bermula hari ini,
Sejak kukecil,
Aku sering terpencil….

(kita ke zaman retrospektif kanak kanak ku)

Di padang bola sekolah,
Mereka sering menonjol tarian megah,
Ala samba ala superstar,

Aku…
hanya terketar…ketar….
terketar…tar..tar..tar…

Lagi-lagi bila bola menyambar!

Swooshhhh….
Ku elak….
Swooshhh…
Menghentam terus ke pintu gol…

Patutnya ku menghalang,
Tetapi bola sudah masuk ke pintu gol…
Salahku semula…
Sekali lagi…
dan
semula lagi…

(cerita ini belum ada penguhujung lagi)

30 Disember 2007
5:02pm

18
Feb

The KKK ruin my country away?

Mulutnya licit,
Bising dan bingit…
Katanya wakil orang muda,
Tapi aku peduli apa…

Rempit juga sama,
sama seperti ekzos mereka,
Bising dan bingit…

Hoi!

Hangat!Rempitanews

Hangat!

Ini berita hangat untuk Mat Rempit:
“Saguhati motorsikal dinantikan,
jika kamu berjaya tangkap orang jahat.”

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/2/16/nation/16896404&sec=nation

Rasional?

Logik?

Di manakah warasnya akal diletak,
menghadiah seperti mengkhianat..

Oh teringat…
baru ku teringat
pemimipin kau adalah salah seorang “3K”

Jadi siapa tuh 3K? Mai kita tanya Tun…

DocmaTun Mahathir - Siapa tuh 3K?.mp3

30
Dec

Tangan(Buku Lima) Si Anak Muda

Anakmuda_3


“Angkat tangan anda jika anda adalah anak muda watan,
karena hanya anak muda saja yang bisa mendobrak zaman !!!”

Ingatlah…
Ingatlah…
Ingatlah…!!

Anak muda berdarah muda,

Pedas dan jilik seperti lada;


Jangan kau putus,

semangat kau, jangan! dilupus…

Ayuhlah bangkit!

Alahkan rasa sakit!

Aku juga anak muda
seperti anda…..

Ingat!

Di masa depan…

Siapa lagi yang akan menjaga kita?

Siapa lagi yang akan menggubal negara?
Tiada masa lagi kita nak bersandar,
di verandah indah alam
si anak muda….

Angkatlah! tanganmu jika anda adalah anak muda watan,
Angkatlah! tanganmu jika anda adalah
anak muda watan,


Gunalah tangan yang dianugerahmu itu!

Kerahkan otakmu dan
cairkan benaknya ….

Tulislah kata-kata luahan anak muda!

Mari kita kongsikan
bersama!


Ayuh kita merudum bersama!

Golongan tua sedang sibuk bertanya-tanya….


Adakah kita bersedia dan sedar untuk merubah dunia?

………….

?Adakah
anda bersedia dan sedar untuk merubah dunia?



1 hari, 7jam, 12minit
sebelum menjelang tahun 2007,
tulisan seorang anak muda yang hanya ingin digelar Jebat.


”Keinginan agar anak muda lahir dan membesar dalam
ruang dan kerangka kaum tua inilah yang melahirkan permasalahan. Dalam sejarah
tamadun manusia; perkembangan, pembaharuan dan pencerahan semuanya dilakukan
oleh generasi muda. Falsafah, pendapat, idea dalam semua bentuk telah
dibuktikan hanya berupaya dilahirkan oleh generasi muda. Hanya yang muda berani
meneroka membuka jalan untuk pembaharuan.”

-Hishammudin Rais-

23
Nov

To Rempit or To Play Honest Music?

Marilah kita renungi esei yang penuh makna ini…

Antara Black Metal dan Mat Rempit
oleh Adzakael

Awal tahun ni pelbagai pihak; media, majlis agama, polis dan
kerajaan telah berusaha untuk membendung gejala Black Metal. Pelbagai
perkara telah dilakukan untuk menyamakan golongan peminat muzik keras
(Black Metal, Underground, Indie dan suku sakat mereka) dengan raksasa
Otromen yang pekerjaannya menjahanamkan bandaraya Tokyo setiap hujung
minggu.

Apa yang telah golongan penggiat muzik keras lakukan?

Hanya bermain muzik yang dianggap sebagai agen budaya kuning dan agen syaitan.

Malang sekali sehingga ke hari ini masih tiada bukti kukuh yang
golongan ini telah melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan awam
serta negara.

Berlainan pula dengan kes Mat Rempit.

Putera Umno telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
mendampingi golongan Mat Rempit ini termasuk dengan menukarkan nama Mat
Rempit kepada Mat Cemerlang. Mereka berpendapat walaupun mereka selalu
terlibat dalam lumba haram, tetapi mereka mempunyai bakat dalam
pengurusan organisasi.

Walaupun begitu, Mat Rempitan ini semakin naik kepala. Tak cukup
dengan membahayakan diri dan orang awam dengan aktiviti rempit mereka
termasuk menjadi ahli akrobatik tak bertauliah mereka kini mula
menyerang pihak polis dengan membaling mercun. Perlu diingatkan disini
apabila mercun ketupat digabungkan dengan elemen lain, ia boleh menjadi
hampir sama bahaya dengan bom tangan milik tentera.

Tetapi mereka masih lagi mahu cuba mendampingi dan mendidik golongan
Mat Rempit ini. Kononnya mereka punya potensi yang boleh dipupuk untuk
menjadi lebih positif.

Wujud diskriminasi disini.

Satu pihak hanya mahu bermain muzik tetapi diserang habis-habisan
tanpa belas kasihan, semata-mata berfikiran lain dari orang lain.
Aktiviti mereka tidak berunsurkan perkara yang membahayakan orang awam
mahupun membahayakan pihak polis.

Satu lagi pihak telah buat perkara-perkara yang boleh meragut nyawa
dengan cukup senang sampai mengancam dan mencabar institusi polis
negara. Tetapi mereka masih dilayan dengan cukup baik (melainkan ketika
ditangkap semasa merempit).

Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Saya suspek jawapannya: bilangan undi.

Golongan underground/indie/Black Metal tak ramai, sedikit sahaja,
tak cukup signifikan untuk menjana sokongan dalam pilihanraya nanti.
Ini ditambah dengan pemikiran mereka yang agak radikal dan dilihat
boleh mengancam karier politik pihak-pihak tertentu.

Golongan Mat Rempit pula boleh dikatakan golongan majoriti. Mereka
pun tak ramai yang boleh berfikir secara bebas, kebanyakan mereka amat
bagus dijadikan pengikut, maka mereka boleh dilihat dapat membantu
mengukuhkan karier politik pihak-pihak tertentu.

Jika kita lihat dalam scene muzik underground / Indie (UG),
kebanyakan mereka bersifat anarki yakni hidup berkelompok tanpa ketua,
semua orang bertanggungjawab keatas komuniti masing-masing dan semua
orang adalah ketua kepada dirinya sendiri. Mereka boleh bergerak solo
dan boleh bekerjasama sebagai satu kelompok yang utuh, antaranya kerana
mempunyai kolektif pengalaman yang lebih banyak. Jika dibandingkan
struktur organisasi Mat Rempit dan arena underground, organisasi UG
adalah jauh lebih utuh kerana mempunyai kemampuan untuk menduplikasi
dan boleh membina arena/komuniti mereka sendiri tanpa bantuan pihak
luar. Mereka juga boleh menjadi pengikut yang baik dalam masa yang
sama, asalkan ia selari dengan apa-apa perkara yang mereka perjuangkan.

Apa yang telah kita saksikan tahap setiakawan dikalangan penggiat UG
memang tak dapat dipertikaikan lagi. Semasa insiden tahun baru 2006,
ramai antara mereka telah turun padang untuk membebaskan rakan-rakan
mereka dari tahanan polis. Ini berbeza dari Mat Rempit, jika satu
kemalangan yang lain-lain akan lari tambah lagi jika polis berada
berhampiran. Ini yang telah banyak kali kami saksikan. Mungkin inilah
yang dikatakan ‘kawan semasa ketawa’. Apakah ini boleh dijadikan contoh
kepada masyarakat?

Jika kita lihat lebih mendalam lagi golongan UG selalu berusaha
untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa lantas dalam masa yang
sama membawa nama Malaysia bersama-sama mereka. Mereka akan menggunakan
pelbagai media dalam memperkenalkan muzik mereka. Malah mereka dapat
mengaplikasikan falsafah ‘value for money’ dalam usaha tersebut. Dengan
itu mereka dapat menjual CD lagu mereka dengan harga yang lebih murah
dari CD syarikat ternama malah ada yang dapat menjualnya dengan harga
setaraf dengan CD cetak rompak. Apalagi dengan kemajuan dalam internet
seperti sistem P2P, mereka dapat menghantar muzik mereka tanpa
membebankan pendengar mengeluarkan belanja.

Apa yang mereka telah lakukan disini telah berjaya mengkayakan
kesenian kontemporari Malaysia. Jika kerajaan berusaha untuk
mendampingi golongan UG ini, kita akan dapat menemui golongan pelapis
yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk
perniagaan, pengurusan, kesenian, falsafah dan pelbagai perkara lagi
yang boleh dijadikan contoh kepada masyarakat umum tanpa perlu
berhadapan dengan serangan mercun dan juga lontaran batu-batu kerikil.

TAMAT.

Petikan dipetik daripada: http://ricecooker.kerbau.com/2006/11/11/adzakael-antara-black-metal-dan-mat-rempit/

silalah juga melawat http://ricecooker.kerbau.com/2006/11/10/hishamuddin-rais-mat-rempit-revisited/
untuk mengkaji masalah keadaan mat rempit penyakit sosial ini(serta baca komen2 artikel tersbut)…

12
Nov

Fenomena Rempit Sempit

Mat_rempit_1
Perlukah aku bicara kepada si mat rempit?
Betapa bodonya korang yang kecoh menjerit-jerit,
Tidak lupa juga ngorat awek jalanan yg muka cam pelesit,
Memang korang bajet cool ah dalam kumpulan rempit…

Tiap masa ku lihat korang huru-hara merempit,
Amat ku doa korang jatuh ke bawah treler tersepit2,
Baru korg tau betapa perit perasaan aku yg perit,
Dengan golongan seperti korang, wahai si rempit..

Menterirempit_2
Syabas ku ucap pada korang,
kerna kini kamu sudah ade menteri olok2,
yang bertungkus lumus menyokong korang,
Hari demi hari…
Nama Rempit terus makin establish…

Hidup Khairy!
Hidup Menteri Rempit!
Hidup anak Jamaluddin!
Hidup Menteri Rempit!