(Jeritan gadis!)
(aku menoleh pandangan…)
Sepak, Goyang, Badannya sungguh lincah;
Itulah anak muda bermain bola…
Duduk, Termenung, Wajah yang melukut,
Itu pula aku, si kaki bangku,
boleh kau lihat di ujung sudut.
Berilah aku setong gitar,
Kan ku dendangkan sebuah lagu.(mungkin?!)
Berikan aku sebijik bola,
Kan ku tendangkan orang yang lalu.(pasti!)
Kisahku bukan bermula hari ini,
Sejak kukecil,
Aku sering terpencil….
(kita ke zaman retrospektif kanak kanak ku)
Di padang bola sekolah,
Mereka sering menonjol tarian megah,
Ala samba ala superstar,
Aku…
hanya terketar…ketar….
terketar…tar..tar..tar…
Lagi-lagi bila bola menyambar!
Swooshhhh….
Ku elak….
Swooshhh…
Menghentam terus ke pintu gol…
Patutnya ku menghalang,
Tetapi bola sudah masuk ke pintu gol…
Salahku semula…
Sekali lagi…
dan
semula lagi…
(cerita ini belum ada penguhujung lagi)
30 Disember 2007
5:02pm
hey tadi aku ke reccentre… cuba bermain pingpong dan dimaki kerana aku bermain dgn bangang sangat…
takpe… kita senasib drul… *isk**sob*sob*
tapi kamu harus menchuba utk belaja (bemaen bola). oh ya, kamu mahu gita cap apa? haha