23
Nov
06

To Rempit or To Play Honest Music?

Marilah kita renungi esei yang penuh makna ini…

Antara Black Metal dan Mat Rempit
oleh Adzakael

Awal tahun ni pelbagai pihak; media, majlis agama, polis dan
kerajaan telah berusaha untuk membendung gejala Black Metal. Pelbagai
perkara telah dilakukan untuk menyamakan golongan peminat muzik keras
(Black Metal, Underground, Indie dan suku sakat mereka) dengan raksasa
Otromen yang pekerjaannya menjahanamkan bandaraya Tokyo setiap hujung
minggu.

Apa yang telah golongan penggiat muzik keras lakukan?

Hanya bermain muzik yang dianggap sebagai agen budaya kuning dan agen syaitan.

Malang sekali sehingga ke hari ini masih tiada bukti kukuh yang
golongan ini telah melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan awam
serta negara.

Berlainan pula dengan kes Mat Rempit.

Putera Umno telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
mendampingi golongan Mat Rempit ini termasuk dengan menukarkan nama Mat
Rempit kepada Mat Cemerlang. Mereka berpendapat walaupun mereka selalu
terlibat dalam lumba haram, tetapi mereka mempunyai bakat dalam
pengurusan organisasi.

Walaupun begitu, Mat Rempitan ini semakin naik kepala. Tak cukup
dengan membahayakan diri dan orang awam dengan aktiviti rempit mereka
termasuk menjadi ahli akrobatik tak bertauliah mereka kini mula
menyerang pihak polis dengan membaling mercun. Perlu diingatkan disini
apabila mercun ketupat digabungkan dengan elemen lain, ia boleh menjadi
hampir sama bahaya dengan bom tangan milik tentera.

Tetapi mereka masih lagi mahu cuba mendampingi dan mendidik golongan
Mat Rempit ini. Kononnya mereka punya potensi yang boleh dipupuk untuk
menjadi lebih positif.

Wujud diskriminasi disini.

Satu pihak hanya mahu bermain muzik tetapi diserang habis-habisan
tanpa belas kasihan, semata-mata berfikiran lain dari orang lain.
Aktiviti mereka tidak berunsurkan perkara yang membahayakan orang awam
mahupun membahayakan pihak polis.

Satu lagi pihak telah buat perkara-perkara yang boleh meragut nyawa
dengan cukup senang sampai mengancam dan mencabar institusi polis
negara. Tetapi mereka masih dilayan dengan cukup baik (melainkan ketika
ditangkap semasa merempit).

Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Saya suspek jawapannya: bilangan undi.

Golongan underground/indie/Black Metal tak ramai, sedikit sahaja,
tak cukup signifikan untuk menjana sokongan dalam pilihanraya nanti.
Ini ditambah dengan pemikiran mereka yang agak radikal dan dilihat
boleh mengancam karier politik pihak-pihak tertentu.

Golongan Mat Rempit pula boleh dikatakan golongan majoriti. Mereka
pun tak ramai yang boleh berfikir secara bebas, kebanyakan mereka amat
bagus dijadikan pengikut, maka mereka boleh dilihat dapat membantu
mengukuhkan karier politik pihak-pihak tertentu.

Jika kita lihat dalam scene muzik underground / Indie (UG),
kebanyakan mereka bersifat anarki yakni hidup berkelompok tanpa ketua,
semua orang bertanggungjawab keatas komuniti masing-masing dan semua
orang adalah ketua kepada dirinya sendiri. Mereka boleh bergerak solo
dan boleh bekerjasama sebagai satu kelompok yang utuh, antaranya kerana
mempunyai kolektif pengalaman yang lebih banyak. Jika dibandingkan
struktur organisasi Mat Rempit dan arena underground, organisasi UG
adalah jauh lebih utuh kerana mempunyai kemampuan untuk menduplikasi
dan boleh membina arena/komuniti mereka sendiri tanpa bantuan pihak
luar. Mereka juga boleh menjadi pengikut yang baik dalam masa yang
sama, asalkan ia selari dengan apa-apa perkara yang mereka perjuangkan.

Apa yang telah kita saksikan tahap setiakawan dikalangan penggiat UG
memang tak dapat dipertikaikan lagi. Semasa insiden tahun baru 2006,
ramai antara mereka telah turun padang untuk membebaskan rakan-rakan
mereka dari tahanan polis. Ini berbeza dari Mat Rempit, jika satu
kemalangan yang lain-lain akan lari tambah lagi jika polis berada
berhampiran. Ini yang telah banyak kali kami saksikan. Mungkin inilah
yang dikatakan ‘kawan semasa ketawa’. Apakah ini boleh dijadikan contoh
kepada masyarakat?

Jika kita lihat lebih mendalam lagi golongan UG selalu berusaha
untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa lantas dalam masa yang
sama membawa nama Malaysia bersama-sama mereka. Mereka akan menggunakan
pelbagai media dalam memperkenalkan muzik mereka. Malah mereka dapat
mengaplikasikan falsafah ‘value for money’ dalam usaha tersebut. Dengan
itu mereka dapat menjual CD lagu mereka dengan harga yang lebih murah
dari CD syarikat ternama malah ada yang dapat menjualnya dengan harga
setaraf dengan CD cetak rompak. Apalagi dengan kemajuan dalam internet
seperti sistem P2P, mereka dapat menghantar muzik mereka tanpa
membebankan pendengar mengeluarkan belanja.

Apa yang mereka telah lakukan disini telah berjaya mengkayakan
kesenian kontemporari Malaysia. Jika kerajaan berusaha untuk
mendampingi golongan UG ini, kita akan dapat menemui golongan pelapis
yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk
perniagaan, pengurusan, kesenian, falsafah dan pelbagai perkara lagi
yang boleh dijadikan contoh kepada masyarakat umum tanpa perlu
berhadapan dengan serangan mercun dan juga lontaran batu-batu kerikil.

TAMAT.

Petikan dipetik daripada: http://ricecooker.kerbau.com/2006/11/11/adzakael-antara-black-metal-dan-mat-rempit/

silalah juga melawat http://ricecooker.kerbau.com/2006/11/10/hishamuddin-rais-mat-rempit-revisited/
untuk mengkaji masalah keadaan mat rempit penyakit sosial ini(serta baca komen2 artikel tersbut)…




7 Responses to “To Rempit or To Play Honest Music?”


  1. 1    'fAr-mEe'rK November 23, 2006 at 6:52 pm

    hahaha…..
    aku setuju ngn tajuk nih….
    kerajaan menglkkn bdak2 jd mat rempit….
    igt nk pancing undi ker??
    butoh la….

    nothing beat the underground!!

  2. 2    aj November 24, 2006 at 5:52 am

    political propaganda.patut r.
    they r missing the big picture.mt rmpits n blck mtl r jus isolated cases.wht r more widespread n as infectious as sars are clubbing[booze,drugs,ecstasy],free sex[i support sex eductn],lack of manner,bpk pngotor,n most imprtntly is IGNORANCY in edctn,in glbl crrnts,nation’s stts.edctn is vital in dvlpng civilized,world-stndrd gnrtns.hmm.aku suke blog kau :) sgt mind-boggling.

  3. 3    fadirulfais November 24, 2006 at 5:54 am

    adakah traxxfm itu adalah agensi kerajaan yg cuba mendekati pihak ug?
    apakah kesamaan agensi kerajaan dan UMNO?
    siapakah yg menjadi ketua penerangan kelab UMNO manchester?
    entahlah…

    :p

  4. 4    fadirulfais November 24, 2006 at 5:58 am

    yes… encik aj(carl barat saya punya).
    clubbers adalah masalah yg lebih besar membabitkan anak2 org kaya raya, ahli politik dan org kenamaan.
    mungkin dimaafkan jika mereka ke club FOR THE SAKE OF MUSIC dan widespreading hasil kerja mereka sendiri.

    p/s-haha. lame dow aku x bukak kerbau@ricecooker.

  5. 5    A Z I M November 29, 2006 at 11:42 pm

    yeah i also dont understand why they want to support thz remptn.what a world!!!

  6. 6    loque November 30, 2006 at 11:47 pm

    oh.rempit.basi dan memualkan.bukan nak burukkan.think.music..mmg ader positive negatve-nya( walaupun media slalu kluarkan yg negative..biasala,malaysia..).dan dah lamer ak fikir..aper positivenyer rempit nih.sebab rempit ni ramai..menantu paklah cuba cari titik putih kat kain hitam?Yes, we may not always be right. And probably neither is the majority..

  7. 7    'hihihihihi' July 7, 2007 at 6:22 pm

    daripada buang duit pegi kutub selatan,baik bagi scholarship kat bebudak melayu suruh belaja tinggi2..

Leave a Reply