Archive for June, 2006

14
Jun

Konspirasi Gosip Holy Water

 

   

   
    
   

 

Artikel ini amatlah dialu2kan kepada muslim yang suka antar forwarded mesej pasal berita2 pelik tapi tak pasti benar ke tak…:

artikel ini dipetik drpd http://fazari12.blogspot.com

semestinya
ramai antara kita yg dengar cerita pasal "holy water". cerita pasal
missionary kristian menyebarkan dakyah diorang dan bagi orang minum air
pelik ni seterusnya mangsa akan terus tak bleh mengucap. cerita pasal
air ni dibuat dari hasil sulingan janin-janin hasil hubungan sulit
paderi dgn sisters kat gereja yang digugurkan. dan lagi pasal
mahasiswa-mahasiswi IPT yang berjaya dimurtadkan dengan menggunakan air
pelik ni.

jadi, bila aku dapat satu e-mail tentang "holy water"
ni, aku nak kongsi dengan korang. semoga kita berfikir dengan akal yang
Allah bagi pada kita ni.

Assalamualaikum.

"…sekiranya
datang seorang fasik membawa berita kpd kamu maka periksalah (berita
itu) terlebih dahulu (krn ditakuti) kamu akan memusibahkan sesuatu kaum
disebabkan kejahilan kamu dan kamu akan menyesal di atas apa yg kamu
perbuat.." (al-Hujurat 49:6)

Saya nak kongsi bbrp maklumat yg saya dpt drp bbrp org brothers yg byk involve dgn dakwah dan handle kes2 murtad…

1)
Logik ke iman sesorang tu boleh terbatal begitu shj dgn hanya TERminum
holy water? Allah kan Maha Adil.. takkan la disebabkan terminum holy
water jer, iman seseorang yg dah dibina bertahun2 abis camtu jer..

2)
Kenapa org2 kristian ni x cerdik sgt? Kenapa dia masukkan holy water
dlm minuman org2 Islam biasa? Kenapa dia x masukkan dlm minuman
alim-ulama’ cam TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, Qaradawi, Hamid Othman dsb?
kan lg efektif dakwah diorang.. senang je diorang bleh ckp kat org2
islam: "tengok, u punya scholar pun dah masuk kristian.. u bila lagi??"

3)
Kenapa cerita pasal dakyah holy water ni hanya tersebar di sekitar
malaysia, singapore dan yg dkt2 ni je? dakyah kristian ni kat skitar ni
je ke? kenapa dakyah kristian kat seluruh dunia di tempat2 lain x guna
holy water? bukan ke ni cara yg paling efektif utk kristiankan org?

4)
Ada seorang bekas paderi yg dah masuk Islam. Nama dia Hj Ayub. Agak
famous jugak dia ni. Dulu dia seorang paderi besar yg pernah pegang
sijil IFS (International Forgiver of Sin). Dia pernah bgtau yg dia
sendiri dulu pernah bancuh holy water. dan holy water ni diminum oleh
org2 yg dah buat pengakuan dosa SAHAJA. dan dia pernah minum air holy
water ni bergelen2 tp akhirnya dia masuk Islam jugak. dia jugak ada
dedahkan bgmana sbnrnya holy water ni dibuat… pjg citernya.. saya x
berniat nak citer resepi holy water kat sini tp point yg penting
adalah.. resepi dia x seperti yg tersebar dlm masyarakt kita skrg ni.

5) Bro Lim Jooi Soon,
seorang pendakwah yg agak terkenal jugak, bekas missionary kristian,
pernah cerita ttg dialog dia dgn org yg bertanggungjawab memulakan
cerita pasal dakyah holy water ni. ringkas ceritanya, bro lim kata org
ni (indonesian) mengaku sbg bekas paderi besar, pernah mengaji kat
vatican, pernah jumpe pope, tp ckp english pun x pandai. sedangkan
antara syarat utk belajar kat vatican mesti tau at least 3 bahasa:
english, hebrew dan greek.

6) Saya sendiri sebelum ni boleh kata
tiap2 minggu pergi church.. berdialog dgn org2 kat sana.. saya dan
kawan2 saya dah minum macam2 minuman, makan mcm2 makanan.. sampai skrg
takde apa2 pun.. tak tau lah kot2 diorang terlupa nak masukkan holy
water dlm minuman kitorang..

7) Kalaulah holy water ni merupakan ancaman yg sgt berbahaya terhadap akidah umat Islam, kenapa nabi x pernah sebut?

Cukuplah
dulu.. panjang2 pun bkn org nak baca.. tp apa yg penting kat sini jgn
kita terlalu lekas menyebarkan berita yg kita x pasti kebenarannya..
apatah lagi kalau kita lihat, cerita2 ni disebarkan oleh ustaz2,
penceramah2 di masjid2, surau2 dsbnya. Bukankah ini akan menimbulkan
fitnah terhadap Islam itu sendiri?? Fikir2kanlah..

Pada pendapat
saya yg x brp cukup ilmu ni (my humble opinion), kepercayaan kita
bahawa holy water boleh menukarkan iman seseorang daripada islam kpd
kristian adalah merupakan salah satu daripada masalah akidah (mungkin
boleh dikategorikan sbg syirik) yg seboleh-bolehnya kita perlu tangani.

Firman Allah:

"…datangkan bukti2 kamu sekiranya kamu org2 yang benar.." (al-Baqarah 2:111)

WaLLahu a’alam;

ALLAH MAHA KUASA, makhluk tak bagi mudarat, makhluk tak bagi manfaat

ambil iktibar, jangan pandai baca je.
allahu akbar

Ps: Oh ya… kepada muslim yang suka antar forwarded mesej pelik tapi tak pasti benar… cepat2lah bertaubat… Sakitlah mata aku baca org muslim antar fitnah dan khabar angin..

Jangan burukkan nama Islam…

Byk agi isu yg org Islam patut agi pentingkan…

dan daripada point no 5 tadi, Bro Lim Jooi Soon ni aku(zart) sindri penah dgr ceramah dier
(topik: Misconception In Islam) pasal persoalan org islam yg tak phm agama sindri… Bro Lim ni drpd MACMA - Malaysian Chinese Muslim Association…mmg respek giler aa… first time aku tgk org sekililing tak ngantuk langsung , memberi attention 100% serta respons biler dgr ceramah agama(bukan sbb dier suka buat lawak tapi isu dier bentangkan tuh ‘respek’ aa)… klo ko rajin cari dier ni..

Akhir kata,

Hentikan Konspirasi dan Berita2 Hangat Macam Mastika, Kosmo! dan Metro…

Hapuskan Media2 Perosak Kaum Melayu Ini!!!