Archive for April, 2005

10
Apr

Falsafah Berasaskan Mengejari Materialisme

Apa itu kapitalisme? Apa itu sosialisme? Apa itu komunisme? Soalan yang sering kutanya kepada ayahanda berulang2 kali kerana tidak paham sejak kecil… Cult01_2
     Bermulanya pertembungan istilah2 ini adalah ketika aku berkecimpung dalam dunia permainan game2 perang..Red Alert, Civilization II, Commandos dan pelbagai aneka lagi… Kemudian bermula pula era aku mendengar muzika dendangan Rage Against The Machine dengan idola Che Guevara mereka…Kepalaku semakin ghairah dan minat untuk mengetahui selanjutnya… aku mula mencari sendiri bahan2 utk dibaca di pustaka,internet dan pelbagainya.. Kemudian, diikuti pula dengan teman baruku yang kukenal dari kawasan gunung-ganang…beliau lebih membukakan mataku yang penuh konfusi ini tentang perkara2 itu… diberinya aku buku, artikel dari kolektif-kolektif yang bergerak di bawah tanah…Capitalism
      Namun setelah fikirkan semua itu… Mempertimbangkan antara kepercayaan pasaran bebas dan haluan kiri… Aku mula sedar bahawa ini semua adalah idea-idea yang dikemukan oleh orang barat…orang timur kita juga dipengaruhi… Idea-idea ini wujud karena keinginan setiap manusia memiliki material… Kapitalisme diwujudkan kerana mereka ingin bebas membina empayar kewangan namun menghiraukan pembangunan golongan bawahan.. Golongan kiri pula ingin kekayaan itu dikongsi bersama tetapi dengan cara merapatkan jurang kaya dan miskin…sehinggakan pada satu tahap tiada siapa yang kaya…maka semuanya miskin dan menderita…diperlihatkan praktikalnya melalui keadaan ekonomi kerajaan China era Chairman Mao dan USSR era Lenin-Stalin…
       Jadi apakah sistem yang paling sesuai…? Dikatakan Islam merupakan agama selama-lamanya dan membicarakan model hidup masyarakat yang sepatutnya… Di mana golongan kaya perlu ada tanggungjawab terhadap masyarakat…setiap untung didapatinya, masyarakat mempunyai hak dari sebahagiannya… Tetapi aku tidak boleh meneruskan perenggan ini karena aku masih belum memahami sepenuhnya konsep islam ini… Biarlah kita sama2 mengenali sistem yang perlu diterajui oleh masyarakat kita ini… Janganlah kita jadi spt katak di bawah tempurung… Kerana setiap kita perlu ada tanggungjawab terhadap masyarakat… Janganlah kita jadi spt  enau dalam duri, melepaskan pucuk masing2…

~Uniti.Dan.Solidariti~